NUFFNANG ADS

Friday, 27 March 2015

OBLONG DAGING



Bahan untuk 7-12 biji

2 peket daging burger Ramly = 12 keping daging

Roti oblong
Sedikit butter/majerin
Sos, mayonis, sos black pepper - optional
Timun, bawang, nenas, salad, tomato – optional
Paprika, black pepper, serbuk kari – optional

Cara cara

1.    Hancurkan dan gaul sebati kesemua daging dan letakkan serbuk kari, paprika dan black pepper.





2.    Bulatkan daging sama besar mengikut jumlah yang dikehendaki dan leperkan mengikut bentuk roti oblong




3.    Masak daging dan boleh taburkan sedikit serbuk kari semasa masak, setelah siap angkat dan ketepikan


4.    Seterusnya ratakan butter/majerin/minyak masak  pada roti yang dibelah dua dan masak sehingga roti garing


5.    Hiris segala sayur 


6.    Sediakan sos didalam piping bag – kalau tak nak pun takpe


7.    Sedia untuk di susun dan dihidang



Saturday, 21 March 2015

SAMBAL GORENG UDANG



Bahan bahan

5 keping tempe – potong dadu
5 biji kentang   - belah 4 dan hiris tipis
Sebiji bawang besar - hiris
Segenggam ikan bilis
8 tangkai lada kering - dikisar
10 ekor udang
Gula, garam, serbuk perasa
Minyak masak

Cara

1.     Gorengkan kentang, tempe dan ikan bilis sehingga masak/ garing dan toskan


2.    Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak untuk menumis
3.    Masukkan bawang hiris dan tumis hingga naik bau
4.    Kemudian masukkan lada kisar dan tumis sehingga pecah minyak
5.    Letak garam, gula dan serbuk perasa mengikut citarasa dan gaul rata sehingga tumisan menjadi merah pekat


6.    Masukkan semua udang, kentang, tempe dan ikan bilis ke dalam kuali
7.    Gaul rata dan setelah udang masak, sedia untuk dihidang

Tuesday, 10 March 2015

CHICKEN CHOPPED BURGER WITH MUSHROOM SAUCE




Bahan bahan

Roti burger
Timun, salad, tomato
Mayonis

Chicken chopped
3 ketul ayam bhg thigh – optional
2 biji telur
1 cawan tepung gandum
3 cawan serbuk roti
Minyak untuk menggoreng
Garam, ajinomoto, black pepper

Sos cendawan
2 peket Sup cendawan instant
4 sudu besar sos black pepper/ 4 sb sos tiram + 1 sb lada hitam
400ml air
Garam, 

Cara cara memasak ayam

1.    Basuh dan buang tulang ayam dan leperkan menjadi kepingan ayam
2.    Lumurkan ayam dengan garam, ajinomoto dan lada hitam kisar
3.    Salut ayam kedalam tepung gandum satu persatu
4.    Celupkan ayam ke dalam telur satu persatu
5.    Masukkan ayam ke dalam serbuk roti satu persatu
6.    Goreng sehingga masak dan ketepikan



Cara cara membuat sos cendawan



1.    Rebus air sehingga mendidih dan masukkan sup cendawan instant dan gaul
2.    Masukkan sos tiram dan lada hitam kisar
3.    Gaul sehingga sos menjadi pekat
4.    Boleh tambah sedikit kicap untuk mendapatkan warna yang sedikit gelap
5.    Selepas mendidih matikan api

Cara melapis burger

1.    Belah roti, sapukan sedikit marjerin dan layur di atas api
2.    Letakkan roti di atas pinggan, letak salad, timun, bawang dan tomato
3.    Boleh letakkan sedikit coleslaw – optional (resepi di sini)
4.    Letakkan sekeping cheesedale -  optional
5.    Letakkan ayam di bahagian atas
6.    Tuangkan sos cendawan
7.    Paipkan sedikit mayonis dan tutup roti
8.    Hidangkan

BAKED PENNE RIGATE 'N' CHEESE


penne

Bahan bahan

1 peket pasta penne rigate - optional
500 gm mozzarella cheese

Sos pasta:
Dada ayam sebagai perencah
2 biji bawang besar
8 tangkai lada kering
3 biji tomato/ secawan tomato puree
1 tbs lada hitam
3/4 cawan sos cili
Minyak untuk menumis
Garam dan gula sebagai perasa

Sos cheese putih:
1/2 cawan minyak masak
4 sudu besar tepung gandum
6 cawan air/ susu segar
1 sudu besar lada hitam kisar
3 keping cheesdale atau 1/2 cawan Cheddar cheese
Secubit dried basil leaves-  tak letak pun takpe
Garam, secukupnya

Cara cara merebus pasta



1.    Didihkan air bercampur garam dan minyak
2.   Masukkan pasta dan biarkan di atas api selama 10 minit
3.   Tos, bilas menggunakan air paip dan keringkan

Cara untuk membuat kuah pasta

1.    Kisar bawang, lada kering, tomato bersama sama
2.   Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis campuran yang telah dikisar sehingga pecah minyak
3.   Masukkan ayam, lada hitam, sos cili, garam, gula dan tumis lagi sehingga ayam masak


4.   Kemudian masukkan pasta yang telah dikeringkan dan gaul bersama sehingga sebati


5.   Matikan api dan ketepikan

Cara untuk membuat sos cheese putih



1.    Panaskan minyak masak di dalam kuali dan kemudian masukkan tepung dan gaul sehingga menjadi perang
2.   Masukkan air ke dalam kuali dan kacau sehingga sos menjadi pekat
3.   Jangan gunakan api besar supaya sos tak hangus
4.   Masukkan seasoning; garam, lada hitam kisar, sedikit daun basil kering dan gaul
5.   Masukkan cheese dan gaul sehingga cheese cair
6.   Matikan api

Cara melapiskan pasta

1.    Sediakan loyang pembakar yang telah di ratakan minyak/ butter
2.   Tuangkan sos cheese putih sebagai lapisan pertama


3.   Kemudian masukkan pasta dan tabur cheese mozarella
4.   Ulang proses sehingga habis
5.   Taburkan sedikit oregano dan parsley sebagai hiasan - optional


6.   Bakar pada suhu 200° selama 10 minit


7.   Angkat dan hidang


COLESLAW ALA KFC



coleslaw

Bahan bahan:
1 kg  kobis
Sebatang lobak merah
2 cawan Mayonis
Sedikit Garam
4 tbs Gula
1 tbs Lada hitam
2 tbs perahan lemon

Cara

    1.   Cincang kobis dan lobak merah dan masukkan ke dalam bekas besar

    2.   Tuang mayonis, garam, gula, lada hitam dan perahan lemon ke dalam    bekas kobis dan lobak tadi



    3.   Gaul sehingga sebati

    4.   Rasa untuk mendapat seasoning yang menepati selera

    5.   Simpan di dalam bekas kedap udara dan letak di dalam chiller selama 4 jam atau sehingga coleslaw menjadi sedikit cair/ berkuah

    6.   Hidangkan
  
    Selamat mencuba !!