NUFFNANG ADS

Thursday, 25 June 2015

IKAN KELI BERLADA KERING



Bahan-bahan

4 ekor ikan keli
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1/2 batang serai
15 batang cili padi
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Garam
Gula
Minyak masak

Cara-cara
1.  Gaulkan ikan bersama sedikit garam, serbuk kunyit dan sedikit bawang putih dan goreng garing




2.  Kisar semua bahan rempah sehingga halus dan jika terlalu banyak jangan tumis semua sebab resepi ini adalah resepi yang tidak berkuah

Saya terlupa nak blender serai. So saya just ketuk dan tumis bersama
3.  Tumis bahan kisar sehingga garing


4.  Masukkan garam dan gula dan kuah akan berwarna sedikit gelap


5.  Masukkan ikan goreng ke dalam tumisan


6.  Gaul rata
7.  Sedia untuk dihidang

LEFTOVER CHICKEN SANDWICH



Bahan-bahan

1 ketul dada ayam – saya guna lebihan ayam panggang semalam
3 ketul roti burger – belah 2
8 hiris timun – potong dadu
8 hiris lobak – potong dadu
1 helai kobis – hiris nipis
3 biji cili padi – hiris nipis
1 biji limau kasturi - diperah
4 sb sos cili
2 sb mayonis
Sedikit keju Cheddar  - diparut

Cara-cara

1.       Carik ayam dan gaul bersama semua bahan kecuali roti dan cheese



2.       Letakkan inti ke atas roti
3.       Tabur cheese


4.       Bakar dalam oven selama 5 minit, suhu 200° atau sehingga cheese cair
5.       Sedia untuk dihidang

DUMPLING UDANG DAN AYAM




Bahan-bahan

Inti:
  1/2 kg daging ayam – saya guna dada ayam
  1/2 kg udang – dibuang kulit
  Daun kucai
  Bawang besar
  Garam
Kulit:
  1/2 kg tepung gandum
  1 ½ cawan air
  1 sb minyak masak

Cara-cara

1.  Cincang ayam, udang, daun kucai, garam dan bawang, masukkan ke dalam satu bekas dan gaul rata, ketepikan



2.  Masukkan tepung, minyak dan air ke dalam bekas besar dan uli hingga menjadi doh


3.  Bentukkan tepung menjadi bulatan kecil supaya mudah untuk di canai


4.  Canaikan doh menjadi nipis dan tekapkan bentuk bulatan



5.  Masukkan inti ke dalam tepung dan cantumkan kulit


6.  Boleh kelim atau hanya lekatkan tepung menggunakan air


7.  Boleh di kukus atau digoreng



8.  Enak di makan bersama sos pencicah

Saturday, 13 June 2015

ROTI JALA



Bahan-bahan - 35 biji

1 liter air
5 ¾ cawan tepung gandum
Sedikit garam
1 sb pewarna kuning
Secubit soda bikarbonat
1 sb minyak masak

Cara-cara
1.      Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas besar dan gaul rata – saya skip
2.      Blender sehingga sebati dan masukkan ke dalam jag




3.      Sediakan botol roti jala dan masukkan adunan tepung kedalamnya – kalau takde botol guna yang biasa pun boleh


4.      Panaskan non-stick pan – kalau guna kuali biasa, letak sedikit minyak setiap kali sebelum tuang adunan supaya tak melekat
5.      Tuang adunan mengikut bentuk bulatan




6.      Angkat dan gulung


7.      Sedia untuk dihidang bersama kuah kari





AYAM PANGGANG RINGKAS



Bahan-bahan
1 ekor ayam
Sedikit garam
Ajinomoto
1 sb serbuk Lada hitam
1 sb Rosemary
3 biji kentang
1 biji lobak merah

Cara-cara
1.       Lumurkan ayam dengan garam, aji, lada hitam dan rosemary


2.       Masak seketika di atas non stick pan supaya ayam nampak cantik dan letakkan ke dalam dulang pembakar


3.       Kupas kentang dan carrot, potong kiub dan taburkan sedikit garam dan lada hitam
4.       Masukkan ke dalam dulang pembakar


5.       Bakar ayam di dalam ketuhar pada suhu 200° selama  1 jam.
6.       Tambah masa jika belum masak kerana tempoh ayam masak bergantung pada saiz ayam yang dipotong
7.       Sedia untuk dihidang

Friday, 12 June 2015

AYAM GORENG BEREMPAH



Bahan- bahan

Seekor ayam – saya guna thigh
1 inci Kunyit hidup
1 inci Halia
1 batang Serai
1 sb Ketumbar
1 sb Jintan
1 biji Bawang besar
3 ulas Bawang putih
1 sb Serbuk kari
1 sb Serbuk lada
1 sb tepung beras
10 tangkai daun kari
Garam
Ajinomoto
Minyak masak untuk menggoreng

Cara cara
1.       Bersihkan ayam dan toskan
2.      Blender semua bahan kecuali tepung beras,daun kari, serbuk kari dan serbuk lada



3.      Masukkan daun kari, serbuk kari dan serbuk lada dan gaul rata


4.      Masukkan  bahan blender ke dalam bekas ayam


5.      Perapkan sekurang-kurangnya 30 minit


6.      Panaskan minyak
7.      Masukkan tepung beras ke dalam bekas ayam dan gaul rata


8.      Goreng sehingga garing
9.      Sedia untuk dihidang

Monday, 8 June 2015

KETAYAP



Bahan-bahan

Inti:
3 cawan kelapa parut
5 sb gula pasir
Sedikit garam
2 sb air
Sehelai daun pandan
1 sb tepung gandum

Bancuhan tepung:
500ml air
2 ½ cawan tepung gandum
Sedikit garam
Pewarna hijau
2 sb minyak masak

Cara-cara

1.  Masukkan kesemua bahan inti dalam bekas dan gaul rata




2.  Masukkan dalam kuali dan masak  guna api yang kecil. – kalau api besar kena sentiasa kacau supaya tak hangus


3.  Untuk tepung pula, masukkan semua bahan ke dalam bekas besar dan gaul sebati kecuali minyak masak - saya skip
4.  Masukkan  sebatian dalam blender dan blend sampai halus


5.  Tuang dalam bekas besar dan masukkan minyak masak dan gaul rata


6.  Panaskan pan dan masukkan satu senduk bancuhan dan ratakan sekeliling pan


7.  Masak sebelah bahagian sahaja dan angkat bila dah masak


8.  Letakkan inti dan gulung sehingga menjadi kuih ketayap


9.  Sedia untuk dihidang