Bahan-bahan
Ayam:
Seekor ayam – saya guna whole leg
Garam, serbuk perasa, serbuk kunyit, black
pepper
Tepung
:
5 cawan tepung gandum
1 sb Garam
1 sb Serbuk perasa
1 sb Serbuk cili
1sb Black pepper
2 biji
putih telur
Air secukupnya – anggaran 1/2 cawan
1. Ratakan garam,
serbuk perasa, serbuk kunyit, black pepper kepada ayam dan ketepikan
2. Masukkan semua
bahan tepung kecuali telur dan air ke dalam plastik
3. Ikat plastik
guna getah dan goncang sebatian tepung hingga rata
4. Ambil bekas
besar dan masukkan 3 sudu besar sebatian tepung tadi
5. Masukkan air
dan telur untuk dijadikan batter, gaul sebati
6. Panaskan minyak
yang banyak dan secukupnya untuk deep
fry
7. Celupkan ayam
ke dalam batter dan masukkan ke dalam tepung
8. Ramas ramas
ayam yang bersalut tepung supaya tepung/ ayam nampak berkerinting bila siap digoreng
9. Selepas
disalut tepung terus masukkan ke dalam minyak panas. - Jangan dibiarkan
bersalut terlalu lama. Seelok-eloknya bila nak masukkan ayam ke dalam minyak
panas baru salut ayam ke dalam tepung supaya tepung tak terlalu tebal .
10.Tempoh menggoreng
kira-kira 15 minit sekali gorengan depends on saiz ayam dan kebesaran api
dapur.
11.Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment