NUFFNANG ADS

Monday, 8 June 2015

KETAYAP



Bahan-bahan

Inti:
3 cawan kelapa parut
5 sb gula pasir
Sedikit garam
2 sb air
Sehelai daun pandan
1 sb tepung gandum

Bancuhan tepung:
500ml air
2 ½ cawan tepung gandum
Sedikit garam
Pewarna hijau
2 sb minyak masak

Cara-cara

1.  Masukkan kesemua bahan inti dalam bekas dan gaul rata




2.  Masukkan dalam kuali dan masak  guna api yang kecil. – kalau api besar kena sentiasa kacau supaya tak hangus


3.  Untuk tepung pula, masukkan semua bahan ke dalam bekas besar dan gaul sebati kecuali minyak masak - saya skip
4.  Masukkan  sebatian dalam blender dan blend sampai halus


5.  Tuang dalam bekas besar dan masukkan minyak masak dan gaul rata


6.  Panaskan pan dan masukkan satu senduk bancuhan dan ratakan sekeliling pan


7.  Masak sebelah bahagian sahaja dan angkat bila dah masak


8.  Letakkan inti dan gulung sehingga menjadi kuih ketayap


9.  Sedia untuk dihidang

No comments:

Post a Comment